Khamis, 30 Disember 2010

5 Gerai UPEN Puchong Indah Di Sita


30.12.2010 Lima gerai UPEN Puchong Indah telah di sita oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Pn Mas seorang ibi tinggal yang menyara empat orang anak yang masih bersekolah yang telah berniaga di gerai No.6 turut terlibat dalam penyitaan tersebut

Isnin, 27 Disember 2010

Taman Puchong Permai



Lot 20241 Mukim Petaling Daerah Petaling PDM Puchong Permai DUN Tmn Sri Serdang Parlimen Puchong di bawah JKKP MPSJ Puchong Permai.

Bawah rintisan letrik menjadi tempat pembuangan sampah haram.

Sabtu, 11 Disember 2010

Program Jalinan Mesra Bersama Rakyat 2010


YB Dato Haji Mohamad Satim Diman selaku Ketua UMNO Bahagian Puchong merangkap ADUN N29 Sri Serdang turut hadir merasmikan program.
Bersama menjayakan program tersebut Ustaz Kamal Saidi penceramah jemputan yang didatang khas dari Kedah,beliau mengupas secara terperinci tentang kepimpinan PAS yang tersimpang dari ajaran Islam dalam kontek berkerja sama dengan gulungan kafir.
Fakta:Pas sanggup menolak UMNO yg satu Agama satu Kiblat satu Khalimah dan memilih DAP yang terang-terang menentang Islam sebagai agama rasmiMalaysia.

Isnin, 6 Disember 2010

JKP MPSJ ZON 14 PUCHONG


Taman Puchong Permai Puchong Selangor.
Faktor keselamatan dan kesesakan jalan raya menjadi faktor penduduk disini membantah penerokaan tapak dibawah rentis TNB berdekatan kediaman mereka.

Wakil penduduk,Mohamad Adi Manfa'at Surya bekas setiausaha JKP MPSJ 14 berkata majoriti penduduk tidak bersetuju dengan candangan tapak berkenaan digunakan sebagai tempat meletak kenderaan berat,kereta mahu pun kereta terpakai.

Pengerusi Jawatankuasa bertindak Penduduk Taman Puchong Permai Fasa 2,Rammili Sulaiman mendawa kecewa dengan perkara ini kerana dimaklumkan Pejabat Tanah Daerah Petaling memaklumkan pihaknya tidak meluluskan apa-apa aktiviti dijalankan diatas sebab-sebab keselamatan.

Sementara itu Pengerusi JKP MPSJ Zon 14 yang juga Ahli Majlis MPSJ Pn Norhesni Ismail menafikan tapak berkenaan dijadikan tempat meletak kenderaan berat seperti yang didakwakan oleh penduduk.

Dalam isu berkaitan penduduk mendakwa Pn Norhesni berbohong kerana makluman surat Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil MPSJ 249/PH/790(4) bertarikh 28 Oktober 2010 yang ditanda tangan oleh Sr.Raja Amir Iskandar Bin Raja Azlan selaku Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta dengan jelas menyatakan telah meluluskan penyewaan tapak di bawah retis TNB di Taman Puchong Permai,Puchong untuk meletak kereta, JENTERA BERAT dan kereta terpakai kepada Syarikat Jiwa Maju Resources yang beralamat No.92-3C Kampong Sri Langkas Tambahan Bt.13 Jalan Klang Puchong.

Jumaat, 16 Julai 2010

24 Ahli Majlis MPSJ angkat sumpah

 

5 muka baru yang terpilih:Noor Azam Abdul Aziz(PKR)Edward Ling Sieak Meeng(DAP)Jaberi Ami(NGO)Azizan Jamaluddin(NGO)dan Loka Ng Sai Kai(NGO)
Posted by Picasa