Khamis, 29 Oktober 2009

Gelanggang dibaik pulih makin teruk


PUCHONG – Kebiasaannya, sesebuah kemudahan yang dinaiktarafkan sepatutnya menjadi lebih baik atau memudahkan penggunaan nya namun berbeza dengan apa yang berlaku di gelanggang badminton di Dewan Taman Kinrara Seksyen 1, dekat sini, apabila penduduk mendakwa menimbulkan masalah keselamatan sele pas projek berkenaan.

Difahamkan, dewan berkenaan mempunyai gelanggang badminton yang digunakan hampir setiap hari oleh penduduk sekitar yang membuat pembayaran sewa kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Namun, pengguna gelang gang badminton yang ditemui Sinar Harian rata-rata melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana selepas dinaiktarafkan, keadaan gelanggang menjadi semakin tidak sempurna dan menim bulkan masalah keselama tan kepada mereka.

Wakil pengguna, K Saravanan, 53, berkata, dia menggunakan gelanggang berkenaan sejak 12 tahun lalu tanpa sebarang masalah untuk bermain badminton bersama rakannya.

“Lima tahun lalu selepas kami membuat aduan berkenaan lantai gelanggang bersimen, pihak berkenaan menggantikannya dengan lantai parket untuk kemuda han bersama.

“Namun sebulan lalu, kami dimaklumkan dewan yang menempatkan gelanggang badminton berkenaan perlu ditutup untuk kerja naik taraf,” katanya.

Saravanan berkata, apa yang diharapkan pihaknya supaya kemudahan itu lebih selesa digunakan selepas kerja naik taraf dijalankan tidak kesampaian apabila melihat lantai parket berkenaan dibuka oleh kontraktor dilantik.

“Selepas dewan berke naan dibuka semula selepas kerja naik taraf siap sepenuhnya, saya kecewa apabila melihat lantai berkenaan hanya meng gunakan simen biasa yang kita sedia maklum adalah licin dan tidak sesuai untuk menjalankan kegiatan sukan.

“Oleh kerana tidak mempunyai pilihan lain selain kemudahan lain yang terle tak agak jauh kami terpaksa meneruskan aktiviti bermain badminton di situ,” katanya.

Kata Saravanan, selepas bertanyakan kepada kontraktor yang menjalankan kerja naik taraf berkenaan, dia dimaklumkan tiada kos mencukupi untuk memasang lantai getah yang lebih selamat dan selesa untuk pengguna gelanggang.

“Jika tiada kos mencukupi, mengapa mereka membuka lantai parket yang sudah digunakan sebelum ini kerana kami selesa menggunakannya selain risiko kemalangan yang kecil.

“Selepas menggunakan kembali lantai bersimen ini, beberapa pemain badminton sudah mengalami kemala ngan termasuk yang patah kaki kerana lantainya yang licin,” katanya.

Katanya, selain itu, pihaknya cukup kecewa kerana mendakwa dewan berkenaan juga bocor apa bila air bertakung di dalam dewan berkenaan.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PKR Bahagian Puchong, S Murali menggesa MPSJ mengambil perhatian serius berkenaan perkara dengan segera.

Katanya, apa yang dilihat berlaku jelas menyusahkan rakyat kerana gelanggang badminton sepatutnya dilengkapi ciri keselamatan.

“Jika kos tidak mencu kupi, mengapa membuka lantai parket yang didakwa lebih selesa dan selamat kepada lantai simen.

“Dewan berkenaan bukan sahaja untuk kegunaan aktiviti sukan tetapi ia turut digunakan untuk aktiviti lain termasuk majlis perkahwi nan dan latihan tarian,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap MPSJ ketika dihubungi berkata, kontraktor menukar lantai parket berkenaan berikutan dikatakan mengalami masalah anai-anai.

“Kami menerima maklumat bahawa lantai parket berkenaan tidak dapat digunakan kerana ia dimakan anai-anai dan mulai mereput.

“Oleh itu, lantai dewan berkenaan dikembalikan kepada asal menggunakan simen kerana kos menye lenggarakan lantai parket sebelum ini menelan kos yang tinggi,” katanya.

Bagaimanapun katanya, mengenai dakwaan bumbung yang bocor, pihaknya akan melakukan kerja pembaikan berhubung perkara itu.

Libra Clock by Libra

Libra Clock by Libra

Ahad, 25 Oktober 2009

Masjid Al-Husna Pusat Bandar Puchong akan menganjurkan Qurban dan berkhatan.
Lembu Qurban masih di buka.
Berkhatan tarikh tutup 22 November 2009 dengan bayaran RM50.00
..............................................................................................
Masih mencari-cari lembu untuk Qorban dan Aqiqah hubungi Abd Aziz 012 214 0096




...............................................................................................

KABIN UMNO

Isu kabin dianggap selesai walaupun ada cerita-cerita dikalangan ahli UMNO khasnya berkaitan isu kabin yang tidak dapat dipertahankan. Kabin yang disediakan oleh UMNO Bahagian untuk kemudahan Cawangan bermesyuarat dan mengatur aktiviti, kini sudah tiada lagi, segala gerakkerja parti terpaksa lah diadakan dirumah Ketua Cawangan.

Inilah akibat dari kekalahan, UMNO diSelangor sudah menjadi pembangkang, DAP,PAS dan PKR sudah menjadi Pemerintah.

Khamis, 22 Oktober 2009

PROGRAM BARISAN NASIOANAL

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1430/2009
Tarikh: 18.10.2009
Lokasi: Bandar Kinrara Puchong Selangor
Hadir : YB. Dato' Haji Dr.Mohamad Satim Diman Ketua UMNO Bahagian Puchong/ADUN Sri Serdang
Ybhg. Dr.Kaw bekas ADUN Kinrara
Pemimpin UMNO Bahagian Puchong.



Berita Pakatan Rakyat



Isnin, 12 Oktober 2009

INFO OKT 09


YB.Dato Hj.Mohamad Satim Diman di Majlis Sukan Tahunan SRJK(T)BK 1 Bandar Kinrara