Isnin, 24 Januari 2011

Selasa, 18 Januari 2011

Kecewa sewa tapak gerai naik berganda


SATIM (dua dari kiri) membaca notis kenaikan sewa tapak gerai semasa menemui para peniaga Pasar Pagi Taman Puchong
Indah di Puchong semalam. Gambar kecil, A. Perumal.
PUCHONG - "Kami lebih rela bayar saman sebanyak RM50 sebulan daripada bayar sewa tapak yang naik empat kali ganda."

Demikian luahan hati sekumpulan penjaja kecil di Pasar Pagi Taman Puchong Indah di sini apabila Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menaikkan sewa tapak daripada RM360 sepetak bagi tempoh setahun kepada RM1,490 bermula 5 Januari lalu.

Menurut seorang peniaga bunga, A. Perumal (gambar kecil), 71, tindakan MPSJ itu terlalu kejam dan tidak berhati perut kerana rata-rata pendapatan peniaga di situ tidak begitu besar.

"Modal saya berniaga sehari cuma RM50 dan keuntungan yang saya dapat sekitar RM25 sehari. Kadangkala saya dapat RM7 sahaja sehari, cuba bagi tahu saya bagaimana saya boleh bayar RM1,490. MPSJ memang kejam," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Pasar tersebut yang telah wujud sejak tahun 1998 turut menempatkan seramai 150 orang penjaja dan mereka diberikan tapak seluas tujuh meter persegi untuk setiap petak.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Isnin, 10 Januari 2011

Khamis, 6 Januari 2011

Tanah Lapang Lokasi Buang Sampah


Memetik dari akbar Sinar Harian Penduduk Taman Puchong Permai Fasa 2 amat kecewa apabila tanah dibawah rentis TNB menjadi longokan sampah yang mencacatkan permandangan.
terdahulu dari itu akbar Sinar Harian ada melaporkan YDP MPSJ Datuk Adnan Md Ikshan dalam satu kenyataan berkata,pihak Majlis mengambil inisiatif menyewakan tapak itu kepada satu syarikat bagi menyelesaikan masalah pemilik rumah pangsapuri sekitar kawasan itu yang meletakkan kereta secara bertaburan di bahu bahu jalan sehingga menggangu aliran trafik di situ.

Program 1 Malaysia DUN Puchong


“1Malaysia ini ialah untuk semua, di mana ia untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia”- Begitulah hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri N29 Sri Serdang, Dato’ Dr Mohamad Satim B. Diman yang mahu konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah bertujuan memperkasa perpaduan di kalangan rakyat seharusnya disambut dan dihayati dengan baik oleh semua pihak. Dato’Dr Mohamad Satim B. Diman memenuhi jemputan keluarga Suresh a/l Doraisamy di Puchong Intan.